Thursday, October 28, 2010

7 Hari mencari cinta

Ye, betul andaian anda semua yang artikel ni tiada kena mengena dengan title.
Mempersembahkan Omar Sizlo - 7 Hari.
Lama gila tak dengar lagu ni.


Tuesday, October 19, 2010

Kawan, assignments, Old trafford dan ubi kayu segera.

Hello there, lama tak update kan?
Ahh, baru-baru ni saya telah berjaya menyiapkan assignment yang diberikan oleh miss lecturer.
Dimana ianya merupakan group assignment.

Malangnya bagi pihak saya, salah seorang daripada group member saya telah pun ke UK untuk melanjutkan pelajaran disana. Berasa sedikit cemburu kerana beliau telah mengambil gambar di hadapan Old Trafford lalu dijadikan gambar profil terbaru beliau.

Bagi yang tidak mengetahui apa kejadahnya itu Old Trafford. ianya bukan lah sejenis kuih raya mahupun basikal model terbaru Le Run. Tetapi ianya merupakan sebuah stadium bola sepak all-seater di Trafford di perbandaran Greater Manchester, England dan merupakan rumah bagi Manchester United F.C.

Betul jangkaan anda semua, saya telah mengkopipes article terbabit daripada ensiklopedia bebas di laman web berikut ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Old_Trafford .

Namun begitu, Old Trafford bukanlah apa yang saya ingin bincangkan disini malahan bukan juga isu kenaikkan harga ubi kayu yang telah menggemparkan masyarakat di Jenjarom baru-baru ini begitu juga dengan kontroversi Anuar Zain yang dikatakan ingin berduet bersama Maher Zain.

Disini ingin saya ceritakan tentang pengalaman membuat kerja kursus saya tempoh hari.
Oleh kerana group member saya yang pada awalnya mempunyai jumlah ahli sebanyak 3 orang dan telah menjadi 2 orang kerana sebab yang saya baru tulis sebentar tadi.

Jadi kami berdua telah kehilangan tempat bergantung, bak kata pepatah "Bergantung tak bertali". Ya memang tepatlah pepatah yang telah saya tulis tu. Berbalik kepada cerita asal, saya sepatutnya berganding bahu bersama rakan seperjuangan saya yang lain untuk memenuhi kriteria yang telah diberikan oleh miss lecturer untuk menyelesaikan kerja kursus tanpa sebarang cabaran dan kekangan.

Saya sangkakan kerja ini begitu mudah untuk disiapkan kerana saya akan dibantu oleh rakan yang lain, namun begitu sangkaan saya meleset sama sekali bak Mawi yang menyanyikan lagu Bad Romance oleh Lady Gaga yang pitchingnya lari dan perlu dikejar.

Langit tidak selalunya cerah, rupanya kerja terbabit saya perlu lakukan seorang diri sahaja.
Kenapa semua ini berlaku tanpa diduga?

Sebenarnya apa yang saya tuliskan diatas ini semuanya tidak ada kena mengena-dengan apa yang nak saya sampaikan.

Salam 1Malaysia.

Dah penat, tido dulu.