Tuesday, May 18, 2010

Sehari bersama Abang Hensem dan teman wanita beliau 2

Aktiviti wajib kalau datang Pyramid mesti amik gamba reflection kan?


Jumaat lepas kelua lagi dengan gf, memang gf week la last week. 
Memandangkan kitorang jarang jumpa so bila dia holiday memang kalau boleh nak hari-hari kelua.
Pada mulanya tak bercadang nak kelua pun, so aku dari rumah ke sekolah dengan tak mandinya *sebab kelas pagi 9-11* lepas kelas terus la balik. Secara tiba-tiba gf call cakap nak datang, dem.. time tak mandi nak jumpa aku lak, dengan rambut tak terurusnya, selekeh lagi.

Namun begitu cerita di dalam kelas lain pula dimana Ms Rana Salehi, merupakan Managerial Accounting's lecturer berkata kepada aku "I like you, you are so clean". Sebab tulisan aku sebijik-sebijik so dia cakap senang nak marking paper. Aku terdiam membisu sebab tak mandi pastu dia cakap aku clean pulak, awkward silence for 5secs disitu.

Setelah gf sampai di Putrajaya Sentral aku pun amik la beliau lalu kami ke Sunway Pyramid. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada cik gf kerana telah membelanja perbelanjaan aku sepanjang hari pada hari itu kerna aku tak mintak abah duit belanja. Walaupun bau aku masam, atas dasar cinta, cik gf tetap cakap aku hensem kacak bergaya lalu menaikkan semangat aku lebih tinggi daripada hari-hari tak mandi yang lain.

Hanta gf balik ke KTM Subang tetapi lupa teman beliau, lalu beliau pun merajuk sekejap sebab dulu da janji nak teman tapi lupa. Next time I hanta sampai rumah je la ok? ♥

p/s : kena saman kat limkokwing sebab parking kat luar. dem gila.

Friday, May 14, 2010

Sehari bersama Abang Hensem dan teman wanita beliau

Hari Rabu lepas gf datang ke limkokwing, bawak dia tour sekolah then pegi ke Alamanda bersama pasangan kontroversi Iylia & Shafiqah untuk menonton Fury Vengeance.


Gf samapi kat Putrajaya Sentral kul 10, then ke OldTown Cyberjaya untuk menikmati sarapan pagi.
Berjumpa dengan Cella & Ernie, Cella menyuarakan isi hati beliau untuk meminjam botol air hamster kerana menurutnya hamster dia telah bergaduh kemungkinan besar sedang pregnant.
Tapi disini saya bukan ingin bercerita pasal hamster.

Berbalik ke topik asal, setelah selesai kelas, gf dan saya serta pasangan kontroversi bergerak menuju ke Alamanda dan menonton wayang serta makan berjemaah.

Selepas itu terus mengharungi jalan yang sesak ketika waktu puncak untuk menghantar gf ke stesen Tasik Selatan.


Sarapan kat OldTown Cyberjaya


Main arcade tapi Iylia telah kalah.
Takpe, kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya kan?


Tuesday, May 11, 2010

Tahukah anda 2

Hari ni nak post pasal Facebook, 
dah lama nak post pasal nate ni tapi terlupa.

tekan untuk tumbesaran

Sunday, May 9, 2010

Hemo hemo hemo

Gf cuti seminggu, so hang out dengan dia semalam.
At first bercadang nak lepak kat MidValley sebab dekat dengan rumah beliau.

Tetapi setelah sesampainya disana dan beratur hendak membeli tiket wayang Ironman 2, saya menelefon sepupu favourite, Jira untuk bertanyakan jikalaunya beliau sudi datang saya bolehla beli lebih.
Setelah berbincang dengan bakal cousin saya, Rafiq, beliau mengambil keputusan untuk menonton di pawagam berhampiran rumah beliau iaitu di OneUtama.

Saya bersetuju tidak membantah, kerana memang pawagam disana lebih enak untuk ditonton.
Tambahan pula jika menonton sambil melantak Hotdog 1901.
Lalu saya dan gf bergegas ke Damansara dengan pacuan 4 roda kepunyaan abah berbackgroundkan musik Ruffedge. *entah kenapa CD Ruffedge je yang ada dalam kereta*

Plan nak jumpa everyday sebab lepas ni gf akan ke Kelantan pulak practical, dem jauh siot lagi rindu la camni.

Had a fight over small thing, selalu sangat da camni, dua-dua tak matang lagi rupanya.
But still, I sayang sangat-sangat kat u !
Thank you for everything !



 Parking 20 minit da kena 3 ringgit
gampang tul.


The gf and the cousin


Proses nak mengepau gf.