Wednesday, January 11, 2012

Graduation & Interviews

Officially graduated on the 17th of December 2011, selepas 5 tahaun belajar di Limkokwing University of Creative Technology, pertama kali bersalaman dengan Tan Sri selama 1.5 secs kot? Selama ni aku lambai kau buat bodo jek, demyou.

Terharu gila dengan parent aku yang banyak support dari segi financial, yang sabar dengan karenah aku, yang banyak membebel (hihi). Tak tau macam mana nak balas jasa diorang.

Janary 1st yang lepas, ada majlis kesyukuran kat rumah Embah & Atuk. Majlis ni nak celebrate cucu-cucu yang dah cemerlang UPSR, PMR, SPM dengan Universiti. Diorang kata aku cucu pertama yang dapat ijazah, aku pun rasa terkejut bile dengar camtu.

Then kena bagi ucapan sikit, menangis aku bila berucap tu, cakap kat Mama dengan Abah yang aku sayang sangat kat diorang then peluk diorang.

Cerita pasal pengalaman interviews ni memang ada interview yang macam jilaka, ada interview yang kelakar interview pelik pun ada.

Interview paling Jilaka jatuh kepada company nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu, ada ke bagi aku basic RM 500, what in the hell of this? Aku rasa cam nak tampar je muka orang yang interview tu, memang haram jadah. Lepasan SPM pun gaji basic RM 900 wehhh.

Tapi interview yang paling aku takleh lupa masa kena interview kat Cyberjaya, aku rasa ini interview paling best.

"Kau tahu rukun iman tak?"

Aku rasa macam kena renjatan budaya bila aku dengar soalan sebegitu, dan menjawab dengan separa gagap.

"Tau-tau.." sambil menganggukkan kepala.

"Amenda rukun iman tu? Ada berapa?"

Dem, dia tanya lagi.. Ingatkan takyah explain.

"Aaa.. ada 6, percaya pada.."

"Percaya pada apa? Siti?"

"Eh tak, bukan.. Percaya pada Allah"

"Lagi apa?"

"Percaya pada Nabi dan Rasul, Percaya pada Kitab, Qada' dan Qadar, percaya pada hari akhirat."

"Malaikat mana?"

"Ha dengan Malaikat."

"Sembahyang kau tau?"

"Tau-tau.."

Seriously memang tak expect pun kena tanya soalan camni walaupun secara asasnya aku patut tau menda-menda camni tapi memang tekejut la. Hihiih, jadi kepada adik-adik di luar sana, pastikan ada tahu untuk menjawab soalan-soalan sedemikian rupa.

4 comments:

hawanasir said...

ko interview jadik ustaz ke?

Ahmad Afiq said...

Tak lah, position Pre-Sales Executive.

Kena consult sales exec before buy/sell menda-menda.

Anonymous said...

спасибо за интересную информацию

Ahmad Afiq said...

Awww, sama-sama anonymous. Hikhik :)