"Abang masa sekolah rendah masuk unit beruniform apa?"
Aku diam jap.. lupa daa
Pastu aku jawab
"Silat gayung"
Adik reply denggang bangganya ;
"Adik masuk PBSM !"
Ikhlas ni aku memang betul-betul lupa, pengakap la rasanya.
Kalau masuk PBSM nanti dilabel bapuk, Pengakap la lelaki sikit.
Lebih kental dan bergaya kan?
Ada camping-camping, bakar-bakar.
Ahaha.
So tadi masa aku tengah kemas almari, aku terjumpa pulak rekod aku sekolah rendah dulu.
Adoiyai, nostalgia muda-mudi terungkap kembali.
Zaman lupa zip seluar, selamat pakai spender.
Zaman main kawin-kawin.
Zaman Goku, Bezita.
Banyak lagi la yang tak senonoh.
First page je dah nampak gamba ukuran passport aku yang tak senonoh, rasanya gambar tu masa baru bangun pagi. Mood tido lagi tu.
Aku tengok rekod pelajaran, gila gempak sial. Aku pernah gak dapat no 1 dulu.
Bangga sekejap, time tu darjah 5. Kawan-kawan tanya "Abang hensem, cam ne ko boleh dapat no 1 ni?"
Aku dengan steady mereplynya "Ntah, aku baca buku Doraemon je kat rumah"
Kawan-kawan mengangguk tanda setuju. Mungkin diorang pakat ramai-ramai baca buku Doraemon masa tu lantas menyebabkan rekod pelajaran sekolah rendah aku jatuh merundum sikit masa peperiksaan akhir tahun. Satu batch darjah 5 rekod jatuh cam gila, sebab pe? Doraemon. Wakaka.
Aku nak scan natang neh, tapi scanner takde.
So dengan menggunakan teknologi kamera telefon bimbit Sony Ericsson P1i, aku cuba menangkap gambar dengan kualiti yang terbaik dan yang tersenonoh mungkin.
muka ngantuk
Cita-cita astronaut sial. ahahah.
kecik-kecik dulu memang aku tak bertanggungjawab
#1
wakaka
Betul la pengakap, hobi membaca buku Doraemon
2 comments:
hahah lawak sial
tanggungjawab c tu xleh bla
Post a Comment