Monday, April 26, 2010

Memori cinta luka



Artikel tiada kena mengena dengan title, ok?
Memandangkan ada setengah yang da tau and the other half cam terpinga-pinga dan mempersoalkan orientasi sex aku. Kat sini aku nak cerita pasal pengalaman aku yang hampir *hampir ye bukan telah* dirogol dengan gay. Kimak gay.
Aku memang tak kesah kalau kau nak gay pun sebab aku ada je kawan-kawan yang gay, tapi takde la gay sampai ganas camtu.

So cerita bermula, pada suatu petang, aku dengan kawan aku tengah lepak-lepak la.
Then aku nak balik rumah, aku suh dia hantar pergi ke stesen bas berhampiran sebab masa tu takde license lagi.
Kebetulan pulak beliau pun takde kenderaan, lalu beliau membawa aku ke sebuah snuker center dimana aku diperkenalkan kepada abang Channing Tatum *bukan nama sebenar* .

Dia nampak ok, and offer nak hantar aku pegi stesen bas la.
Tapi malang tidak berbau, rupa-rupanya ada udang disebalik batu.
Abang Channing Tatum tu talam dua muka dan perosak bangsa.
Selepas dia hantar aku gi stesen bas tu, aku pun tunggu la bas.
Lebih kurang dalam 10 minit menunggu, bas tak jugak sampai mungkin kerana masa tu waktu puncak so banyak la bas penuh.
Then tetiba abang Channing Tatum ni datang balik dan dia tanya aku nak folo dia balik tak sebab dia nak pegi somewhere yang berdekatan dengan rumah aku.
So dah on the way tu boleh la drop aku kat rumah aku.

Without hesitate aku pun folo dengan penuh yakin.
Dia bawak aku jalan-jalan area situ dulu then bawak aku ke rumah dia.
Rumah dia ramai gak orang masa tu, then dia suh aku lepak bilik dia suh aku rilek jap sebab dia nak bersiap.
Aku pun duduk la jap dalam bilik tu, then tetiba dia masuk bilik sambil tutup lampu.
Aku pun cam "WTF? Asal nak tutup lampu pulak ni??". Tapi aku diam je la.
Then dia duduk sebelah aku kemudiannya tarik aku kekatil sambil memeluk aku.
Hatiku menjadi tak keruan, bukannya kerana terangsang tetapi sebab takut.

Memula dia cuma peluk aku je, tetiba dia cium pipi aku then semakin ganas lalu nak cium mulut aku pulak.
Aku terus tolak dia ketepi sambil berkata "Apa ni bang?" dengan nada confuse. Aku pun tak tau, asal aku cakap camtu. Kelaka pulak rasanya.
Then aku pun jadi takut sebab pertama kali berhadapan dengan situasi begini, dalam kepala otak aku cuma nak blah je dari tempat terbabit.
Aku cuba lengahkan masa dia, aku tanya la ada adik ke tak, selalu buat camni ke kat adik dia.

Then aku ternampak sebuah gitar kapok tersadai di sudut bilik tersebut, dengan rakusnya aku pun lari dari cengkaman nafsu abang Channing Tatum lalu meyambarnya dengan begitu stailo sekali.
Ye, memang aku tak pandai main gitar pun. Tapi aku cuba nak lengahkan masa je, aku bantai main lagu Nirvana pulak time tu.
Dah la gitar tu putus satu tali, pantek tul.

Lepas buang masa dengan bermain gitar, mama aku call.
Dia tanya aku kat mana, aku terpaksa tipu cakap kat birthday party kawan.
Masa mama call, abang Channing Tatum pasang telinga je dengar conversation aku dengan mama.
Aku pura pura off telefon dan cakap kat mama yang aku akan balik sekarang, tetapi helah aku dapat dikenalpasti oleh abang Channing Tatum lalu dia cakap "Alaa, tak payah nak tipu abang laa" dengan nada horny beliau.

Then aku jadi blur gila, takut. Banyak berfikir untuk lari.
Kebetulan dah masuk waktu Maghrib masa tu, aku cakap dengan dia aku nak sembahyang.
Dia dengar aku cakap camtu, terus muka dia jadi takde mood then blah dari bilik.
Aku pegi ke toilet, amik wudhu then masuk bilik lagi tanya la abang tu mana arah kiblat?
Dem, sah-sah dia tak tau.
Aku pun cam.. takpelah yang penting kita yakin.
Selepas selesai solat, aku pun berdoa betul-betul kat Allah untuk selamatkan aku.
Then aku tawakal je la apa nak jadi lepasni.

Bila dah malam sikit, abang Channing Tatum pun bawak la aku kelua dengan menaiki Proton Saga biru bersama kawan-kawan beliau then dia berenti kat satu taman ni.
Dalam hati aku cam "Adeh, nak kena kekah kat taman ke apa ni?"
Dia cakap kat aku yang dia nak jumpa kawan kejap, aku mengganguk tanda setuju.
Lepas dia hilang je daripada pandangan mata aku yang masih belum rabun lagi ketika itu, aku terus kelua dari kereta lari ke kawasan perumahan yang berhampiran.

Kebetulan ada pulak sekumpulan pak cik baru lepas habis kenduri, aku pun mintak tolong sangat-sangat pak cik tu hanta aku pegi bus stop. Pak cik tu setuju then dia hanta la aku..

Itu la sedikit daripada ceritannya, kalau nak lebih detail lagi boleh tanya aku la.
Kalau la aku kena rogol malam tu.. dem, mesti aku jalan tak betul lagi sampai sekarang.

So untuk korang-korang yang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni aku leh sarankan beberapa perkara untuk at least lari dari diorg.
  • Cuba lengahkan masa; pandai-pandai la korang stall time untuk mengelakkan daripada dikekah beramai-ramai.
  • Kalau de ramai orang, jangan melawan. Sebab masa aku ni, rumah dia ramai kawan-kawan dia. Nanti dah la ko kena belasah, pastu kena rogol pulak. Esok kelua front page Harian Metro pulak kang.
  • Berdoalah; mintak tolong pada Tuhan dengan hati yang ikhlas.
  • Bertawakal, usaha dah ada kan? Tawakal la jalan yang terakhir. 
  • Suruh si perogol menggunakan condom demi keselamatan. Safety first lah kan?
Renung-renungkan, dan selamat beramal.

8 comments:

hawanasir said...

Ohh bila kau tulis baru nampak ketakutan. Kalau kau cerita macam hari tu aku gelak je. Haha

Unknown said...

sejak daripada kejadian tu, aku tak percaya lagi pada lelaki.

reena rafika ramlan said...

mak aih...
cite real ke nie?

Unknown said...

cite betul la pe pulak tipu

dadlilgirl said...

gle scary yang....
-.-

Unknown said...

tu la, kalau perempuan takpe gak

Anonymous said...

mmg scary giler ok!!

Unknown said...

memang la sceri meri