Wednesday, January 11, 2012

Graduation & Interviews

Officially graduated on the 17th of December 2011, selepas 5 tahaun belajar di Limkokwing University of Creative Technology, pertama kali bersalaman dengan Tan Sri selama 1.5 secs kot? Selama ni aku lambai kau buat bodo jek, demyou.

Terharu gila dengan parent aku yang banyak support dari segi financial, yang sabar dengan karenah aku, yang banyak membebel (hihi). Tak tau macam mana nak balas jasa diorang.

Janary 1st yang lepas, ada majlis kesyukuran kat rumah Embah & Atuk. Majlis ni nak celebrate cucu-cucu yang dah cemerlang UPSR, PMR, SPM dengan Universiti. Diorang kata aku cucu pertama yang dapat ijazah, aku pun rasa terkejut bile dengar camtu.

Then kena bagi ucapan sikit, menangis aku bila berucap tu, cakap kat Mama dengan Abah yang aku sayang sangat kat diorang then peluk diorang.

Cerita pasal pengalaman interviews ni memang ada interview yang macam jilaka, ada interview yang kelakar interview pelik pun ada.

Interview paling Jilaka jatuh kepada company nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu, ada ke bagi aku basic RM 500, what in the hell of this? Aku rasa cam nak tampar je muka orang yang interview tu, memang haram jadah. Lepasan SPM pun gaji basic RM 900 wehhh.

Tapi interview yang paling aku takleh lupa masa kena interview kat Cyberjaya, aku rasa ini interview paling best.

"Kau tahu rukun iman tak?"

Aku rasa macam kena renjatan budaya bila aku dengar soalan sebegitu, dan menjawab dengan separa gagap.

"Tau-tau.." sambil menganggukkan kepala.

"Amenda rukun iman tu? Ada berapa?"

Dem, dia tanya lagi.. Ingatkan takyah explain.

"Aaa.. ada 6, percaya pada.."

"Percaya pada apa? Siti?"

"Eh tak, bukan.. Percaya pada Allah"

"Lagi apa?"

"Percaya pada Nabi dan Rasul, Percaya pada Kitab, Qada' dan Qadar, percaya pada hari akhirat."

"Malaikat mana?"

"Ha dengan Malaikat."

"Sembahyang kau tau?"

"Tau-tau.."

Seriously memang tak expect pun kena tanya soalan camni walaupun secara asasnya aku patut tau menda-menda camni tapi memang tekejut la. Hihiih, jadi kepada adik-adik di luar sana, pastikan ada tahu untuk menjawab soalan-soalan sedemikian rupa.

Monday, August 29, 2011

How to Install Android on iOS :D

Kepada sesiapa yang mempunyai iPhone 2G / iPhone 3G yang nak cuba install Android OS tu sila emailkan request kepada abang at afiq.fxy@gmail.com kerana abang ingin mengeksperimentasi Anroid ROM ke iOS. Sekian, perkhidmatan percuma je ni, hikhik.

Selamat hari raya !

Monday, August 15, 2011

How to Install Android 2.2 Froyo on your Sony Ericsson XPERIA X1 :D

Good news everyone !
*Baca dengan nada Professor Farnsworth, Futurama*

Di sini saya ada beberapa soalan:

  • Adakah anda memiliki Sony Ericsson XPERIA X1 ?
  • Adakah anda bosan menggunakan Windows Mobile 6.1 ?
  • Adakah anda rasa ingin menjual telefon terbabit ?
  • Adakah anda ingin memiliki sebuah telefon Android tetapi tidak mampu ?
  • Adakah saya sehensem Imran Ajmain mahupun Anuar Zain ?

Jika semua jawapan anda ialah YA ! Maka saya ada satu solution untuk menggunakan Android Froyo pada telefon X1 anda !

Di sini saya sertakan langkah-langkah yang lebih mudah dan tak se-komplikated entri sebelum ini.
Apa yang anda perlukan untuk meng-install Android Froyo ni?

  • Sebijik PC
  • Sebijik telefon Sony Ericsson XPERIA X1
  • Sebijik mini USB cable, mini ye bukan micro
  • Partition Wizard > Klik la sayewww
  • Froyo 2.2.2 ROM > Klik saya pulak
  • Keazaman yang kental dan berahi

Langkah 1:
Download Partition Wizard dan install la kat PC anda dan download Froyo 2.2.2 ROM.

Langkah 2:
Run Partition Wizard dan ikut langkah di dalam video youtube di bawah;


Anda perlu format SD card terlebih dahulu dan ikut steps terbabit.
Kat sini saya ada buat simplified kalau tak paham gak tatau la:


Langkah 3:
Rehat jap kalau penat, maklumlah bulan puasa.

Langkah 4:
Extract Froyo 2.2.2 ROM terbabit kemudian copy paste ke dalam root SD card anda. Pastikan anda copy semua file dan extract kat ROOT, jangan buat folder sebab nanti tak jadik.

Langkah 5:
Dengan menggunakan telefon anda tu, run all programs kemudia pilih file explorer dan run Haret.exe
Selepas itu, anda kena la tunggu dalam 5 minit untuk dia boot.

Ni rupa dia tengah reboot.

Langkah 6:
Siap  dan boleh la show off kat member-member yang pakai Android lain, sebab ROM Froyo ni includes sekali dengan Super User, heh. Diorang punya Android belum tentu boleh Root kan? Hikhik, selamat mencuba u'olls !

Source > F1 Series ROM Development Blog For Sony Ericsson XPERIA X1


Working:
  • WiFi
  • Graphics [24.5 FPS (Without Sound)]
  • GPS
  • Market
  • 3G Network
  • Phone Speaker (If you get problems turn speaker on and off)
  • 3D Acceleration
  • Bluetooth
  • Awsome Battery Life
  • Battery Indicator (Very Accurate)
  • Smooth Animations
  • Browser
  • Gmail
  • Backlight Control
  • Overclocked to 652MHz (If you get bootup errors or your Apps crash set the OC value to 600MHz)
  • Landscape Support

Buttons Layout:
  • X Panel Button = Home Button
  • OK Button = Back Button
  • Left Softkey = Menu Button
  • Right Softkey = Standby & Lock Button
  • Call Button = Dialer Button
  • Call End Button = Standby & Lock Button
  • Volume Buttons = Volume Buttons
  • Power Button = Standby & Lock Button
  • Camera Button = Home Button


Credits:
Thanks To Neopeek
Thanks To Duckly
Thanks To Chann
Thanks To XDANDROID
Thanks To Bruno_123
Thanks To Benquick
Thanks To Midnight


Thursday, August 11, 2011

How to Update your BlackBerry :D


Ramai yang bertanya kepada saya kebelakangan ini tentang bagaimana cara untuk mengemaskinikan telefon bimbit BlackBerry mereka ke OS 5 / OS 6. Di entri kali ini saya akan menerangkan cara-cara mudah untuk mengupdate telepon anda, hikhik.

Langkah 1:
Berjimat cermat, menabung. Jika ibu bapa anda banyak duit, mintak dari diorang, alaa... macam tak biasa pulak, u'olls rich ppl maa.

Langkah 2:
Beli BlackBerry dulu, kalau takde BB macam mana nak update kan?

Langkah 3:
Download BBSAK di website ni > Click la saya
Kepada yang tak tau apa itu BBSAK, ianya merupakan akronim kepada BlackBerry Swiss Army Knife yang obviously is a very powerful tool, hikhik.

Langkah 4:
Download OS yang dikehendaki di Berry Shout > Click la saya pulak 
Apa-apa OS pun boleh ni, aku pun pakai Vodafone UK punya OS 6, jalan je.

Langkah 5:
Install both BBSAK dan OS terbabit ke dalam PC anda, jika anda menggunakan MAC, saya tak tau macam mana sebab tak mampu beli, mahal la sibai.

Langkah 6:
Cucuk USB cable ke BB anda dan pasangkan ke PC

Langkah 7:
Run BBSAK terlebih dahulu.

Ni la interface BBSAK tu, jangan lupa untuk backup apps korang dulu ye.


Langkah 8:
Backup apps dan click Load OS kemudian pilih mana satu yang korang nak install.

Click Load OS untuk install OS yang telah anda pilih, dalam ni saya ada 2 OS v6.0.0.546 dan v6.0.0.600

Langkah 9:
Tunggu lebih kurang 30mins, pastu siaplah dia install, hikhik.
Biar devide restart dulu, dan kemudian anda boleh enjoy menggunakan latest OS yang dikeluarkan oleh RIM.

Langkah 10:
Boleh la belanja saya makan ke, minum ke. Ye tak?

*BBSAK boleh upgrade dan downgrade OS tau, ye la mana tau kot-kot korang tak suka dengan latest OS ni kan? Makan bateri la apa la, boleh downgrade OS tu jugak.

Sekian, selamat mencuba !

Testimonial pengguna:






Tuesday, May 17, 2011

Hello iOs

Tadaaa


Ingat tak dulu aku penah menang HTC Wildfire tu? Ala dah jual pun buat beli monitor, hikhik.
Sekarang dah menang iPod Touch 4th gen pulak daripada KFC lagi.

Kali ni bukan pasal invites sebab nanti asik suh orang join je, aku jadi social outcast pulak. Pertandingan kali ni memerlukan duit dan mengumpul resit. Ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya terutamanya Bok Pistachio dan Idrus Marketing yang sudi menemani saya selama seminggu untuk makan KFC lunch.

Pertandingan dia simple je, siapa kumpul resit paling banyak menang. Dengan bantuan rakan, aku berjaya mengumpul resit sebanyak 24 keping dan total duit yang aku sendiri spent ialah sebanyak tak lebih daripada MYR 70. Which is a good thing sebab belanja modal kecik, untung banyak.


Tunggu abang courier datang mengambil masa sebulan.


 iPod dengan KFC voucher


 iTik



Wednesday, January 12, 2011

[WTS] NEW HTC HD 7 BrightStar Warranty - SOLD !

Item(s):
One HTC HD7 Phone BrightStar warranty
Bought on 10 January 2011

Package includes:
*1 x Original HTC HD7
*1 x Original Lithium Battery
*1 x Original Hands free
*1 x Original Wall Charger
*1 x Original USB Cable "Micro USB"
*1 x Receipt
*1 x Screen Protector

Price:
RM 2200 Nego
Will also accept swap with NEW HTC HD2

Warranty:
2 Years BrightStar warranty

Dealing method:
COD Klang Valley
Postage

Location of seller:
Klang

Age of item:
NEW out of box

Item(s) conditions:
100% NEW

Reason for sale:
Bought the wrong model, suppose to buy HTC HD2








Friday, December 24, 2010

Hello froyo

Pagi tadi ketika sedang tidur, talipon tangan berdering.
Aku lantas terjaga lalu menjawabnya dengan kadar segera.

"Hello, selamat pagi."
"Ye pagi." Sambil menggosok mata dan menggaru kepala.
"Saya dari customer service, rumah encik kat mana?"

Dari situ aku dah tau, yang aku bakal menerima talipon tangan free daripada KFC.
Mata bersinar harapan menanti abang delivery datang menghantar talipon tersebut.

Tiba-tiba lagi, *tinn! tinn!* bunyi hon motor beliau membasahi telingaku lalu aku keluar dari rumah dengan berlagak selamba cool macam takde apa berlaku.

Padahal seronok gila.

Aku amik bungkusan misteri tersebut dan terus berjalan tanpa bayang masuk kebilik.


Bungkusan misteri.


Di dalam bungkusan misteri ada bungkusan misteri lagi, beserta surat daripada KFC.
Bertambah misterinya.


Di dalam bungkusan misteri yang ada bungkusan misteri ada kotak misteri bergambar.


Di dalam bungkusan misteri yang mempunyai bungkusan misteri 
dan kotak misteri bergambar ada talipon tangan !


Selamat diorg bagi aku kaler putih yang merupakan warna favorite aku.
Putih pilihan saya !

Dan malam semalam ada join DiGi punya contest gak, dapat 10 tiket wayang free ke Cathay Cineplax !

Duduk rumah memang dok main online competition je la.

Sibuk menggodek-godek talipon sehinggakan gf telah merajuk lalu menutup skype dan talipon beliau.

Disini ingin saya mengucapkan selamat 13 bulan kepada gf tersayang yang kini mungkin sedang tido *kroih kroih*

xoxo ♥

Monday, December 13, 2010

Top 5 Life Goals. April19, 2009


No 1 dah, lagi 4 belum lagi.
Hemo hemo hemo.

Saturday, December 4, 2010

Arahan Mama / Abah dan Far East Movement.

Semalam tatlaka pagi yang indah sedang berlalu, sementara angin sejuk menghembus lalu di celahan tingkap bilik aku yang sengaja dibuka agar mendapat angin syahdu.

Tiba-tiba terasa gegaran seperti anjakan paradigma sedang berlaku di pintu bilik ! Aku menjadi tidak keruan memikirkan apa kejadahnya yang sedang berlaku di pagi yang indah ini?

Bunyi dentuman itu semakin lama semakin kuat membuatkan aku terjaga dan pening lalat sebentar.

Rupa-rupanya Noriha, Mamaku yang mengejutkan aku dari tidur. Beliau bertanyakan kepadaku "Kau nak makan tak? Kalau nak makan, ikut Mama sekarang".

Aku menggelengkan kepala sambil menggaru kepala dan berkata "Tak".

Kemudian Mama berkata lagi "Kau ikut Mama sekarang!".

Aku berasa hairan, adakah soalan yang cuba diberikan atau arahan. Namun sebagai anak yang percaya dengan konsep 'Syurga di bawah tapak kaki Ibu' menurut tidak membantah.

Cerita hari ini, Abah memasak sambil melayan lagu Far East Movement - Like A G6

Sekian.

Sunday, November 28, 2010

Azam 2010 tercapai ke?

Kalau nak ikutkan Azam 2010 aku, banyak dah berjaya;

1. Quit Smoking.
Ye, saya dah berhenti merokok sejak June 2010.

2. Quit Clubbing.
Saya juga tidak ke kelab-kelab malam lagi sejak July 2010.

3. Quit Social Networking.
Tettt ! FAIL

4. Study.
Yezza, kini saya lebih cergas dan cenderung untuk belajar demi menjamin masa depan yang cemerlang.
Saya juga telah berjaya memberhentikan diri daripada arena DotA.

Anda bagaimana?
xoxo

Tuesday, November 23, 2010

Kalau dia mati

Sequal dari post sebelum ni, untukmu Iylia yang kini mempunyai tumblr !




Monday, November 22, 2010

KFC dan HTC

Artikel kali ni tentang SNAX's FRIEND-TASTIC FRENZY Contest.

Ye, kepada mereka-mereka yang telah aku invite, jangan takut.
Saya tak menjual penapis air, cuma mintak tolong register je.

Objektif pertandingan ni nak kena invite seberapa ramai yang mungkin.
Korang cuma perlu register dan kemudian activate account terbabit.
Maklumat lanjut sila rujuk SNAX

Dengan bantuan anda saya boleh la menukar talipon bimbit Sony Ericsson yang dibeli dua tahun lalu.
Sila rujuk artikel Sony Ericsson P1i.

Hadiah yang ditawarkan kali ni ialah HTC Wildfire, boleh la tu daripada takde kan.
Talipon aku pun sekarang asyik hang je kerja dia pastu lampu tak nak mati-mati dan kadang-kadang membuatkan aku merasakan ingin memiliki talipon yang baru tapi apakan daya, tak mampu.


Ini ranking 12 November lalu


dan ini pula ranking hari ini


Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama, nanti korang dpt voucher KFC gak.
Pastu kita leh serang KFC sama-sama eh?

Thursday, November 18, 2010

Kalau aku mati

Jeng jeng jeng, mesti korang suspens kan dengan title yang diberikan?
Aku tengah fb chat ngan member aku tetiba dia cakap camni;


hemo hemo hemo

Thursday, October 28, 2010

7 Hari mencari cinta

Ye, betul andaian anda semua yang artikel ni tiada kena mengena dengan title.
Mempersembahkan Omar Sizlo - 7 Hari.
Lama gila tak dengar lagu ni.


Tuesday, October 19, 2010

Kawan, assignments, Old trafford dan ubi kayu segera.

Hello there, lama tak update kan?
Ahh, baru-baru ni saya telah berjaya menyiapkan assignment yang diberikan oleh miss lecturer.
Dimana ianya merupakan group assignment.

Malangnya bagi pihak saya, salah seorang daripada group member saya telah pun ke UK untuk melanjutkan pelajaran disana. Berasa sedikit cemburu kerana beliau telah mengambil gambar di hadapan Old Trafford lalu dijadikan gambar profil terbaru beliau.

Bagi yang tidak mengetahui apa kejadahnya itu Old Trafford. ianya bukan lah sejenis kuih raya mahupun basikal model terbaru Le Run. Tetapi ianya merupakan sebuah stadium bola sepak all-seater di Trafford di perbandaran Greater Manchester, England dan merupakan rumah bagi Manchester United F.C.

Betul jangkaan anda semua, saya telah mengkopipes article terbabit daripada ensiklopedia bebas di laman web berikut ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Old_Trafford .

Namun begitu, Old Trafford bukanlah apa yang saya ingin bincangkan disini malahan bukan juga isu kenaikkan harga ubi kayu yang telah menggemparkan masyarakat di Jenjarom baru-baru ini begitu juga dengan kontroversi Anuar Zain yang dikatakan ingin berduet bersama Maher Zain.

Disini ingin saya ceritakan tentang pengalaman membuat kerja kursus saya tempoh hari.
Oleh kerana group member saya yang pada awalnya mempunyai jumlah ahli sebanyak 3 orang dan telah menjadi 2 orang kerana sebab yang saya baru tulis sebentar tadi.

Jadi kami berdua telah kehilangan tempat bergantung, bak kata pepatah "Bergantung tak bertali". Ya memang tepatlah pepatah yang telah saya tulis tu. Berbalik kepada cerita asal, saya sepatutnya berganding bahu bersama rakan seperjuangan saya yang lain untuk memenuhi kriteria yang telah diberikan oleh miss lecturer untuk menyelesaikan kerja kursus tanpa sebarang cabaran dan kekangan.

Saya sangkakan kerja ini begitu mudah untuk disiapkan kerana saya akan dibantu oleh rakan yang lain, namun begitu sangkaan saya meleset sama sekali bak Mawi yang menyanyikan lagu Bad Romance oleh Lady Gaga yang pitchingnya lari dan perlu dikejar.

Langit tidak selalunya cerah, rupanya kerja terbabit saya perlu lakukan seorang diri sahaja.
Kenapa semua ini berlaku tanpa diduga?

Sebenarnya apa yang saya tuliskan diatas ini semuanya tidak ada kena mengena-dengan apa yang nak saya sampaikan.

Salam 1Malaysia.

Dah penat, tido dulu.

Friday, September 10, 2010

Selamat hari raya

Sepupu aku buat ni, aku upload je

Thursday, August 26, 2010

Apa nama kucing awak?

Last week amek kucing kat rumah Wak Buang sebab nak bagi hadiah kat anak kawan mama, kucing tu nak kena bg injection. So aku bawak la ke klinik haiwan berhampiran.

Doktor tu tanya "Apa nama kucing awak?" then aku pun cam "-.- err.. takde nama.", "Kenapa tak bagi dia nama?" pastu terus doktor tu bubuh nama Ahmad Afiq kat kucing ni. ahahah.

Abah panggil dia Utih, lepas da jaga dia rasa sayang lak nak bagi orang sebab masa mula-mula dapat tu dia cam bodo gila duk diam je tak tau main-main memang noob gila la. Pastu aku manja-manjakan sampai leh guling-guling dah.



Semasa proses pembersihan


Kalau main DotA ke, surf internet ke, kucing ni tido kat peha aku la.


Sekarang kucing ni da bg kat orang lain, rindu nak main-main ngan dia.
Pasni nak bela ferret lak, kumpul duit dulu. dem.

Tuesday, August 10, 2010

KFC Cyberjaya

Tadi ke KFC Cyberjaya untuk menikmati hidangan sebelum bulan puasa menjelang tiba.
Disamping menggunakan cash voucher yang baru diperolehi semalam, aku ke KFC dengan hati yang gumbira.
Tetapi langit tak selalunya cerah, ternyata harapanku untuk menjamah ayam KFC dengan 11 rempah rahsia Abang Colonel hampa kerana KFC terbabit sudah kehabisan ayam disamping bekalan elektrik yang terputus kerana akibat yang tidak diketahui.

Takde idea, sampai disini sahaja coretan warkah saya untuk hari ini.
Selamat berpuasa !




Sunday, July 4, 2010

Mama, Adik dan PSP

Mama dengan Adik suka berebut PSP, pastu bila PSP da hang bagi kat aku suruh aku repair.
Tsk Tsk.. Game-game yang aku download semua tak main lagi. 
Nak bubuh Assasin's Creed sure nanti Adik main sampai spoil.

So ceritanya macam ni sebenarnya, ada satu hari tu Mama main PSP dalam kereta sebab nak tunggu Adik habis sekolah. Then ada sekumpulan budak ni tengok Mama main, then diorg tanya la kat Mama leh main sekali ke tak? Mama bergurau la cakap bayar dulu, tapi Mama bagi je diorg main.
Then Mama cakap esok bawak duit kalau nak main dengan nada bergurau je la tapi.

Keesokkan harinya budak-budak tersebut datang lagi, siap bagi Mama aku duit nak main PSP.
Ahaha, Mama terkejut sebab dia gurau je dengan budak-budak tu.

Mama pun kesian kat diorang, mesti diorg tak makan kat sekola sebab nak main game.
So moral of the story is, bagi aku je main PSP tu.
WAKAKA.