Friday, December 24, 2010

Hello froyo

Pagi tadi ketika sedang tidur, talipon tangan berdering.
Aku lantas terjaga lalu menjawabnya dengan kadar segera.

"Hello, selamat pagi."
"Ye pagi." Sambil menggosok mata dan menggaru kepala.
"Saya dari customer service, rumah encik kat mana?"

Dari situ aku dah tau, yang aku bakal menerima talipon tangan free daripada KFC.
Mata bersinar harapan menanti abang delivery datang menghantar talipon tersebut.

Tiba-tiba lagi, *tinn! tinn!* bunyi hon motor beliau membasahi telingaku lalu aku keluar dari rumah dengan berlagak selamba cool macam takde apa berlaku.

Padahal seronok gila.

Aku amik bungkusan misteri tersebut dan terus berjalan tanpa bayang masuk kebilik.


Bungkusan misteri.


Di dalam bungkusan misteri ada bungkusan misteri lagi, beserta surat daripada KFC.
Bertambah misterinya.


Di dalam bungkusan misteri yang ada bungkusan misteri ada kotak misteri bergambar.


Di dalam bungkusan misteri yang mempunyai bungkusan misteri 
dan kotak misteri bergambar ada talipon tangan !


Selamat diorg bagi aku kaler putih yang merupakan warna favorite aku.
Putih pilihan saya !

Dan malam semalam ada join DiGi punya contest gak, dapat 10 tiket wayang free ke Cathay Cineplax !

Duduk rumah memang dok main online competition je la.

Sibuk menggodek-godek talipon sehinggakan gf telah merajuk lalu menutup skype dan talipon beliau.

Disini ingin saya mengucapkan selamat 13 bulan kepada gf tersayang yang kini mungkin sedang tido *kroih kroih*

xoxo 

Monday, December 13, 2010

Top 5 Life Goals. April19, 2009


No 1 dah, lagi 4 belum lagi.
Hemo hemo hemo.

Saturday, December 4, 2010

Arahan Mama / Abah dan Far East Movement.

Semalam tatlaka pagi yang indah sedang berlalu, sementara angin sejuk menghembus lalu di celahan tingkap bilik aku yang sengaja dibuka agar mendapat angin syahdu.

Tiba-tiba terasa gegaran seperti anjakan paradigma sedang berlaku di pintu bilik ! Aku menjadi tidak keruan memikirkan apa kejadahnya yang sedang berlaku di pagi yang indah ini?

Bunyi dentuman itu semakin lama semakin kuat membuatkan aku terjaga dan pening lalat sebentar.

Rupa-rupanya Noriha, Mamaku yang mengejutkan aku dari tidur. Beliau bertanyakan kepadaku "Kau nak makan tak? Kalau nak makan, ikut Mama sekarang".

Aku menggelengkan kepala sambil menggaru kepala dan berkata "Tak".

Kemudian Mama berkata lagi "Kau ikut Mama sekarang!".

Aku berasa hairan, adakah soalan yang cuba diberikan atau arahan. Namun sebagai anak yang percaya dengan konsep 'Syurga di bawah tapak kaki Ibu' menurut tidak membantah.

Cerita hari ini, Abah memasak sambil melayan lagu Far East Movement - Like A G6

Sekian.

Sunday, November 28, 2010

Azam 2010 tercapai ke?

Kalau nak ikutkan Azam 2010 aku, banyak dah berjaya;

1. Quit Smoking.
Ye, saya dah berhenti merokok sejak June 2010.

2. Quit Clubbing.
Saya juga tidak ke kelab-kelab malam lagi sejak July 2010.

3. Quit Social Networking.
Tettt ! FAIL

4. Study.
Yezza, kini saya lebih cergas dan cenderung untuk belajar demi menjamin masa depan yang cemerlang.
Saya juga telah berjaya memberhentikan diri daripada arena DotA.

Anda bagaimana?
xoxo

Tuesday, November 23, 2010

Kalau dia mati

Sequal dari post sebelum ni, untukmu Iylia yang kini mempunyai tumblr !




Monday, November 22, 2010

KFC dan HTC

Artikel kali ni tentang SNAX's FRIEND-TASTIC FRENZY Contest.

Ye, kepada mereka-mereka yang telah aku invite, jangan takut.
Saya tak menjual penapis air, cuma mintak tolong register je.

Objektif pertandingan ni nak kena invite seberapa ramai yang mungkin.
Korang cuma perlu register dan kemudian activate account terbabit.
Maklumat lanjut sila rujuk SNAX

Dengan bantuan anda saya boleh la menukar talipon bimbit Sony Ericsson yang dibeli dua tahun lalu.
Sila rujuk artikel Sony Ericsson P1i.

Hadiah yang ditawarkan kali ni ialah HTC Wildfire, boleh la tu daripada takde kan.
Talipon aku pun sekarang asyik hang je kerja dia pastu lampu tak nak mati-mati dan kadang-kadang membuatkan aku merasakan ingin memiliki talipon yang baru tapi apakan daya, tak mampu.


Ini ranking 12 November lalu


dan ini pula ranking hari ini


Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama, nanti korang dpt voucher KFC gak.
Pastu kita leh serang KFC sama-sama eh?

Thursday, November 18, 2010

Kalau aku mati

Jeng jeng jeng, mesti korang suspens kan dengan title yang diberikan?
Aku tengah fb chat ngan member aku tetiba dia cakap camni;


hemo hemo hemo

Thursday, October 28, 2010

7 Hari mencari cinta

Ye, betul andaian anda semua yang artikel ni tiada kena mengena dengan title.
Mempersembahkan Omar Sizlo - 7 Hari.
Lama gila tak dengar lagu ni.


Tuesday, October 19, 2010

Kawan, assignments, Old trafford dan ubi kayu segera.

Hello there, lama tak update kan?
Ahh, baru-baru ni saya telah berjaya menyiapkan assignment yang diberikan oleh miss lecturer.
Dimana ianya merupakan group assignment.

Malangnya bagi pihak saya, salah seorang daripada group member saya telah pun ke UK untuk melanjutkan pelajaran disana. Berasa sedikit cemburu kerana beliau telah mengambil gambar di hadapan Old Trafford lalu dijadikan gambar profil terbaru beliau.

Bagi yang tidak mengetahui apa kejadahnya itu Old Trafford. ianya bukan lah sejenis kuih raya mahupun basikal model terbaru Le Run. Tetapi ianya merupakan sebuah stadium bola sepak all-seater di Trafford di perbandaran Greater Manchester, England dan merupakan rumah bagi Manchester United F.C.

Betul jangkaan anda semua, saya telah mengkopipes article terbabit daripada ensiklopedia bebas di laman web berikut ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Old_Trafford .

Namun begitu, Old Trafford bukanlah apa yang saya ingin bincangkan disini malahan bukan juga isu kenaikkan harga ubi kayu yang telah menggemparkan masyarakat di Jenjarom baru-baru ini begitu juga dengan kontroversi Anuar Zain yang dikatakan ingin berduet bersama Maher Zain.

Disini ingin saya ceritakan tentang pengalaman membuat kerja kursus saya tempoh hari.
Oleh kerana group member saya yang pada awalnya mempunyai jumlah ahli sebanyak 3 orang dan telah menjadi 2 orang kerana sebab yang saya baru tulis sebentar tadi.

Jadi kami berdua telah kehilangan tempat bergantung, bak kata pepatah "Bergantung tak bertali". Ya memang tepatlah pepatah yang telah saya tulis tu. Berbalik kepada cerita asal, saya sepatutnya berganding bahu bersama rakan seperjuangan saya yang lain untuk memenuhi kriteria yang telah diberikan oleh miss lecturer untuk menyelesaikan kerja kursus tanpa sebarang cabaran dan kekangan.

Saya sangkakan kerja ini begitu mudah untuk disiapkan kerana saya akan dibantu oleh rakan yang lain, namun begitu sangkaan saya meleset sama sekali bak Mawi yang menyanyikan lagu Bad Romance oleh Lady Gaga yang pitchingnya lari dan perlu dikejar.

Langit tidak selalunya cerah, rupanya kerja terbabit saya perlu lakukan seorang diri sahaja.
Kenapa semua ini berlaku tanpa diduga?

Sebenarnya apa yang saya tuliskan diatas ini semuanya tidak ada kena mengena-dengan apa yang nak saya sampaikan.

Salam 1Malaysia.

Dah penat, tido dulu.

Friday, September 10, 2010

Selamat hari raya

Sepupu aku buat ni, aku upload je

Thursday, August 26, 2010

Apa nama kucing awak?

Last week amek kucing kat rumah Wak Buang sebab nak bagi hadiah kat anak kawan mama, kucing tu nak kena bg injection. So aku bawak la ke klinik haiwan berhampiran.

Doktor tu tanya "Apa nama kucing awak?" then aku pun cam "-.- err.. takde nama.", "Kenapa tak bagi dia nama?" pastu terus doktor tu bubuh nama Ahmad Afiq kat kucing ni. ahahah.

Abah panggil dia Utih, lepas da jaga dia rasa sayang lak nak bagi orang sebab masa mula-mula dapat tu dia cam bodo gila duk diam je tak tau main-main memang noob gila la. Pastu aku manja-manjakan sampai leh guling-guling dah.



Semasa proses pembersihan


Kalau main DotA ke, surf internet ke, kucing ni tido kat peha aku la.


Sekarang kucing ni da bg kat orang lain, rindu nak main-main ngan dia.
Pasni nak bela ferret lak, kumpul duit dulu. dem.

Tuesday, August 10, 2010

KFC Cyberjaya

Tadi ke KFC Cyberjaya untuk menikmati hidangan sebelum bulan puasa menjelang tiba.
Disamping menggunakan cash voucher yang baru diperolehi semalam, aku ke KFC dengan hati yang gumbira.
Tetapi langit tak selalunya cerah, ternyata harapanku untuk menjamah ayam KFC dengan 11 rempah rahsia Abang Colonel hampa kerana KFC terbabit sudah kehabisan ayam disamping bekalan elektrik yang terputus kerana akibat yang tidak diketahui.

Takde idea, sampai disini sahaja coretan warkah saya untuk hari ini.
Selamat berpuasa !




Sunday, July 4, 2010

Mama, Adik dan PSP

Mama dengan Adik suka berebut PSP, pastu bila PSP da hang bagi kat aku suruh aku repair.
Tsk Tsk.. Game-game yang aku download semua tak main lagi. 
Nak bubuh Assasin's Creed sure nanti Adik main sampai spoil.

So ceritanya macam ni sebenarnya, ada satu hari tu Mama main PSP dalam kereta sebab nak tunggu Adik habis sekolah. Then ada sekumpulan budak ni tengok Mama main, then diorg tanya la kat Mama leh main sekali ke tak? Mama bergurau la cakap bayar dulu, tapi Mama bagi je diorg main.
Then Mama cakap esok bawak duit kalau nak main dengan nada bergurau je la tapi.

Keesokkan harinya budak-budak tersebut datang lagi, siap bagi Mama aku duit nak main PSP.
Ahaha, Mama terkejut sebab dia gurau je dengan budak-budak tu.

Mama pun kesian kat diorang, mesti diorg tak makan kat sekola sebab nak main game.
So moral of the story is, bagi aku je main PSP tu.
WAKAKA.

Tuesday, May 18, 2010

Sehari bersama Abang Hensem dan teman wanita beliau 2

Aktiviti wajib kalau datang Pyramid mesti amik gamba reflection kan?


Jumaat lepas kelua lagi dengan gf, memang gf week la last week. 
Memandangkan kitorang jarang jumpa so bila dia holiday memang kalau boleh nak hari-hari kelua.
Pada mulanya tak bercadang nak kelua pun, so aku dari rumah ke sekolah dengan tak mandinya *sebab kelas pagi 9-11* lepas kelas terus la balik. Secara tiba-tiba gf call cakap nak datang, dem.. time tak mandi nak jumpa aku lak, dengan rambut tak terurusnya, selekeh lagi.

Namun begitu cerita di dalam kelas lain pula dimana Ms Rana Salehi, merupakan Managerial Accounting's lecturer berkata kepada aku "I like you, you are so clean". Sebab tulisan aku sebijik-sebijik so dia cakap senang nak marking paper. Aku terdiam membisu sebab tak mandi pastu dia cakap aku clean pulak, awkward silence for 5secs disitu.

Setelah gf sampai di Putrajaya Sentral aku pun amik la beliau lalu kami ke Sunway Pyramid. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada cik gf kerana telah membelanja perbelanjaan aku sepanjang hari pada hari itu kerna aku tak mintak abah duit belanja. Walaupun bau aku masam, atas dasar cinta, cik gf tetap cakap aku hensem kacak bergaya lalu menaikkan semangat aku lebih tinggi daripada hari-hari tak mandi yang lain.

Hanta gf balik ke KTM Subang tetapi lupa teman beliau, lalu beliau pun merajuk sekejap sebab dulu da janji nak teman tapi lupa. Next time I hanta sampai rumah je la ok? ♥

p/s : kena saman kat limkokwing sebab parking kat luar. dem gila.

Friday, May 14, 2010

Sehari bersama Abang Hensem dan teman wanita beliau

Hari Rabu lepas gf datang ke limkokwing, bawak dia tour sekolah then pegi ke Alamanda bersama pasangan kontroversi Iylia & Shafiqah untuk menonton Fury Vengeance.


Gf samapi kat Putrajaya Sentral kul 10, then ke OldTown Cyberjaya untuk menikmati sarapan pagi.
Berjumpa dengan Cella & Ernie, Cella menyuarakan isi hati beliau untuk meminjam botol air hamster kerana menurutnya hamster dia telah bergaduh kemungkinan besar sedang pregnant.
Tapi disini saya bukan ingin bercerita pasal hamster.

Berbalik ke topik asal, setelah selesai kelas, gf dan saya serta pasangan kontroversi bergerak menuju ke Alamanda dan menonton wayang serta makan berjemaah.

Selepas itu terus mengharungi jalan yang sesak ketika waktu puncak untuk menghantar gf ke stesen Tasik Selatan.


Sarapan kat OldTown Cyberjaya


Main arcade tapi Iylia telah kalah.
Takpe, kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya kan?


Tuesday, May 11, 2010

Tahukah anda 2

Hari ni nak post pasal Facebook, 
dah lama nak post pasal nate ni tapi terlupa.

tekan untuk tumbesaran

Sunday, May 9, 2010

Hemo hemo hemo

Gf cuti seminggu, so hang out dengan dia semalam.
At first bercadang nak lepak kat MidValley sebab dekat dengan rumah beliau.

Tetapi setelah sesampainya disana dan beratur hendak membeli tiket wayang Ironman 2, saya menelefon sepupu favourite, Jira untuk bertanyakan jikalaunya beliau sudi datang saya bolehla beli lebih.
Setelah berbincang dengan bakal cousin saya, Rafiq, beliau mengambil keputusan untuk menonton di pawagam berhampiran rumah beliau iaitu di OneUtama.

Saya bersetuju tidak membantah, kerana memang pawagam disana lebih enak untuk ditonton.
Tambahan pula jika menonton sambil melantak Hotdog 1901.
Lalu saya dan gf bergegas ke Damansara dengan pacuan 4 roda kepunyaan abah berbackgroundkan musik Ruffedge. *entah kenapa CD Ruffedge je yang ada dalam kereta*

Plan nak jumpa everyday sebab lepas ni gf akan ke Kelantan pulak practical, dem jauh siot lagi rindu la camni.

Had a fight over small thing, selalu sangat da camni, dua-dua tak matang lagi rupanya.
But still, I sayang sangat-sangat kat u !
Thank you for everything !



 Parking 20 minit da kena 3 ringgit
gampang tul.


The gf and the cousin


Proses nak mengepau gf.

Monday, April 26, 2010

Memori cinta luka



Artikel tiada kena mengena dengan title, ok?
Memandangkan ada setengah yang da tau and the other half cam terpinga-pinga dan mempersoalkan orientasi sex aku. Kat sini aku nak cerita pasal pengalaman aku yang hampir *hampir ye bukan telah* dirogol dengan gay. Kimak gay.
Aku memang tak kesah kalau kau nak gay pun sebab aku ada je kawan-kawan yang gay, tapi takde la gay sampai ganas camtu.

So cerita bermula, pada suatu petang, aku dengan kawan aku tengah lepak-lepak la.
Then aku nak balik rumah, aku suh dia hantar pergi ke stesen bas berhampiran sebab masa tu takde license lagi.
Kebetulan pulak beliau pun takde kenderaan, lalu beliau membawa aku ke sebuah snuker center dimana aku diperkenalkan kepada abang Channing Tatum *bukan nama sebenar* .

Dia nampak ok, and offer nak hantar aku pegi stesen bas la.
Tapi malang tidak berbau, rupa-rupanya ada udang disebalik batu.
Abang Channing Tatum tu talam dua muka dan perosak bangsa.
Selepas dia hantar aku gi stesen bas tu, aku pun tunggu la bas.
Lebih kurang dalam 10 minit menunggu, bas tak jugak sampai mungkin kerana masa tu waktu puncak so banyak la bas penuh.
Then tetiba abang Channing Tatum ni datang balik dan dia tanya aku nak folo dia balik tak sebab dia nak pegi somewhere yang berdekatan dengan rumah aku.
So dah on the way tu boleh la drop aku kat rumah aku.

Without hesitate aku pun folo dengan penuh yakin.
Dia bawak aku jalan-jalan area situ dulu then bawak aku ke rumah dia.
Rumah dia ramai gak orang masa tu, then dia suh aku lepak bilik dia suh aku rilek jap sebab dia nak bersiap.
Aku pun duduk la jap dalam bilik tu, then tetiba dia masuk bilik sambil tutup lampu.
Aku pun cam "WTF? Asal nak tutup lampu pulak ni??". Tapi aku diam je la.
Then dia duduk sebelah aku kemudiannya tarik aku kekatil sambil memeluk aku.
Hatiku menjadi tak keruan, bukannya kerana terangsang tetapi sebab takut.

Memula dia cuma peluk aku je, tetiba dia cium pipi aku then semakin ganas lalu nak cium mulut aku pulak.
Aku terus tolak dia ketepi sambil berkata "Apa ni bang?" dengan nada confuse. Aku pun tak tau, asal aku cakap camtu. Kelaka pulak rasanya.
Then aku pun jadi takut sebab pertama kali berhadapan dengan situasi begini, dalam kepala otak aku cuma nak blah je dari tempat terbabit.
Aku cuba lengahkan masa dia, aku tanya la ada adik ke tak, selalu buat camni ke kat adik dia.

Then aku ternampak sebuah gitar kapok tersadai di sudut bilik tersebut, dengan rakusnya aku pun lari dari cengkaman nafsu abang Channing Tatum lalu meyambarnya dengan begitu stailo sekali.
Ye, memang aku tak pandai main gitar pun. Tapi aku cuba nak lengahkan masa je, aku bantai main lagu Nirvana pulak time tu.
Dah la gitar tu putus satu tali, pantek tul.

Lepas buang masa dengan bermain gitar, mama aku call.
Dia tanya aku kat mana, aku terpaksa tipu cakap kat birthday party kawan.
Masa mama call, abang Channing Tatum pasang telinga je dengar conversation aku dengan mama.
Aku pura pura off telefon dan cakap kat mama yang aku akan balik sekarang, tetapi helah aku dapat dikenalpasti oleh abang Channing Tatum lalu dia cakap "Alaa, tak payah nak tipu abang laa" dengan nada horny beliau.

Then aku jadi blur gila, takut. Banyak berfikir untuk lari.
Kebetulan dah masuk waktu Maghrib masa tu, aku cakap dengan dia aku nak sembahyang.
Dia dengar aku cakap camtu, terus muka dia jadi takde mood then blah dari bilik.
Aku pegi ke toilet, amik wudhu then masuk bilik lagi tanya la abang tu mana arah kiblat?
Dem, sah-sah dia tak tau.
Aku pun cam.. takpelah yang penting kita yakin.
Selepas selesai solat, aku pun berdoa betul-betul kat Allah untuk selamatkan aku.
Then aku tawakal je la apa nak jadi lepasni.

Bila dah malam sikit, abang Channing Tatum pun bawak la aku kelua dengan menaiki Proton Saga biru bersama kawan-kawan beliau then dia berenti kat satu taman ni.
Dalam hati aku cam "Adeh, nak kena kekah kat taman ke apa ni?"
Dia cakap kat aku yang dia nak jumpa kawan kejap, aku mengganguk tanda setuju.
Lepas dia hilang je daripada pandangan mata aku yang masih belum rabun lagi ketika itu, aku terus kelua dari kereta lari ke kawasan perumahan yang berhampiran.

Kebetulan ada pulak sekumpulan pak cik baru lepas habis kenduri, aku pun mintak tolong sangat-sangat pak cik tu hanta aku pegi bus stop. Pak cik tu setuju then dia hanta la aku..

Itu la sedikit daripada ceritannya, kalau nak lebih detail lagi boleh tanya aku la.
Kalau la aku kena rogol malam tu.. dem, mesti aku jalan tak betul lagi sampai sekarang.

So untuk korang-korang yang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni aku leh sarankan beberapa perkara untuk at least lari dari diorg.
  • Cuba lengahkan masa; pandai-pandai la korang stall time untuk mengelakkan daripada dikekah beramai-ramai.
  • Kalau de ramai orang, jangan melawan. Sebab masa aku ni, rumah dia ramai kawan-kawan dia. Nanti dah la ko kena belasah, pastu kena rogol pulak. Esok kelua front page Harian Metro pulak kang.
  • Berdoalah; mintak tolong pada Tuhan dengan hati yang ikhlas.
  • Bertawakal, usaha dah ada kan? Tawakal la jalan yang terakhir. 
  • Suruh si perogol menggunakan condom demi keselamatan. Safety first lah kan?
Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Sunday, April 25, 2010

Sri Langat

Hari ni bangun pukul 730 terus mandi. Tak, bukan aku buang tebiat mandi awal-awal camtu. Semuanya gara-gara adanya Temasya Sukan SK Sri Langat kali yang ke-36. Sekolah aku masa belum baligh dulu; Zaman Digimon, lawan pemadam, lazer, Dragon Ball, banyak lagi ah. Disini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan anda.


Dulu: 
Kelas 1 Orkid
aku register terus dapat kelas ni,
sebelah toilet pulak tu.

Sekarang: 
Da jadi kelas 2 Melati


Ni cam WTF
ada Tweety Bird, pastu tetiba ada Along 
dengan fake Tigger.


Kantin ni dulu paling best makan makanan guru la.
Padahal nasi campur je kot.
Tapi dapat makanan guru cam hensem sket.


Dulu:
Merupakan kolam ikan yang 
aku ske lepak-lepak baling sampah

Sekarang:
Da jadi pondok pulak, 
mungkin sebab maintenance ikan tinggi kot?


Ha !
Kedai buku ni dulu pintu kayu je, skang da pakai roller shutter siot.
Dulu beli banyak gila pemadam negara-negara pastu lawan.
Sapa menang dapat pemadam orang yang kalah.
Banyak gak la koleksi aku dulu.


Ni ada taman burung, baru ni.
Dulu zaman aku bela arnab je.


Kecik-kecik da terdedah dengan Tongkat Ali.


Ooo, ni la rupanya burung yang aku selalu order masak 3 rasa tu.


Dulu zaman aku, semuanya bedal kat padang.
Sekarang da de futsal la bagai.

So anyways, cam rindu gila la zaman kanak-kanak riang aku.
= )

Ni video Abah masuk acara ibu bapa.
Dapat johan pulak tu, kelaka gila.

Tuesday, April 13, 2010

Happy Birthday Ayam



Dari kiri;
Matsuo, Farah, Ayam, Yaya, aku dan Firdaus
Credit to Acap sebab amik gamba.

Sambutan bukannya di Zouk KL,
tetapi hanyalah di Sekret Resepi @Cyberjaya
Pada mulanya aku, Elyn, Yaya, Farah dengan Matsuo 
tengah having the lunch togethering at the restoran nearby lah kan.
But all of the suddenly-suddenlynya
aku teringat pulak yang harini birthday Ayam, 
so alang-alang menyeluk pekasam jangan pulak isap gam 
terus mengambil keputusan mencelebrate kat Sekret Resepi.

To be honest sangat, aku memang rindu the moment like this;
dimana rakan-rakan time foundation gather balik,
borak-borak pasal zaman baru nak tumbuh bulu dulu kan.

Bila lagi boleh gather macam ni weh?

Thursday, April 8, 2010

Berdialog dengan Ayam

Tengah takde idea nak tulis pasal apa, ni antara dialog aku dgn Ayam tempoh hari.

Aku dengan Ridhuan atau panggilan manja beliau Ayam.

Ketika sedang menjamu selera di Padi, Cyberjaya.
Ayam membuka bicara ;

"Ko rasa kalau aku buat birthday party aku kat Zouk ramai orang datang ke?"

Aku tersedak ketika sedang menjamah makanan dengan rakusnya sebab mungkin umur dia dah 21, so dia excited la nak buat birthday party kat Zouk. Baru la KL kan?

"WTF? Zouk? Mesti ramai kot datang, kenapa ko tanya?"

"Ko sure ke ramai? Aku nak buat BBQ kat sana."

"BBQ? Ko gila ke nak buat BBQ kat Zouk? Tak pernah dibuat orang lagi kot."

"La, kenapa pulak tak boleh buat BBQ kat situ? Ramai je aku tengok orang buat?"

"Ko biar betul Yam, Zouk mana ni?"

"ZOO la bukan ZOUK!"

-___-'

"Demm.."

Tuesday, April 6, 2010

Double Meaning

Demi memenuhi kehendak Mohd Alif Saifuddin bin Saripuddin
dengan ini saya mengupdate blog saya dengan entri terbaru yang masih panas.


Sila click untuk proses tumbesaran

Wednesday, March 17, 2010

Culture shock

Dengan ini saya mengumkan yang saya bebas daripada P !
AHAHAHAHA !
Lepas renew license, masuk kereta terus tanggal stiker P dengan bangganya.
Culture shock gila ah.


Antara kenangan yang tak dapat dilupakan bersama lesen P :
  • Kena tahan polis sebab memandu sambil memakai topi keledar, dia suh aku bukak helmet sebab nak tengok muka sama tak dalam gambar pastu polis tu gelak2 -.-
  • Eksiden sebab memandu sambil tido.
  • Cuba untuk merasuah abang polis dibulan puasa tetapi beliau cakap tak apa. Merupakan awkward moment yang tak dapat dilupakan sebab aku da keluarkan wallet nak bagi duit pastu masuk balik dalam poket.
  • Bayar tol pakai duit Brunei pun ada gak.

Wednesday, February 24, 2010

Hoyeh !

Ok, tak update lama dah sebab busy dengan projek landscape depan ruma aku ni. Mengambil masa kira-kira 3 minggu lebih camtu, penat gila weh tapi bukan aku yg buat la. Ada pekerja yg bertungkus lumus mengkerah tenaga batinnya untuk menyiapkan projek ni.

Abah eksaited nak buat landscape ni sebab pada mulanya beliau cuma nak tanam rumput je depan rumah. Kalau tak tanam rumput cam semak samun sial depan rumah aku ni, pastu tah kena jackpot ke ape beliau terus mengadakan cadangan yang bernas iaitu nak buat landscape bak kata pepatah 
"Alang-alang menyeluk pekasam, kalau tak mandi nanti bau masam".

Aku ada jugak involve dalam aktiviti senonoh ni dengan menjadi driver Abah untuk survey landscape rumah orang lain pastu pegi survey pokok la bagai. Apa yang pasti, aku mmg suka menghabiskan duit orang tua ni. ahaha.


 Note : 
Jiran depan rumah aku ni rumah dia kaler macam tadika siot.


 Ni dah bubuh tanah merah ngan pasir.


Masa survey pokok.
Ingat nak angkut yg besar ni sebijik tapi harga sampai 20k, WTF.
Baik duit tu simpan utk aku kawin nanti.


So angkut la yg kecik, buat lepas sangap dah la.


 
Mengkerah tenaga batin buruh 24 jam sehari.
Ahahaha, diorg cakap buat malam lagi best, sejuk katanya.


 Halfway done


 Ni la hasilnya.

Sebelum ni depan rumah aku cam semak je, ni da maju sket. Boleh guling-guling kat rumput pasni. Nak camping pun boleh.

Tuesday, January 26, 2010

2



Selamat 2 bulan !

Sorry kalau I de buat salah ke, marah u ke.
I pun manusia gak, buat silap kan?
Macam skrip hari raya pulak dah.

I just hope that our relationship will last longer, insyAllah.
I love you bebeh !

Saturday, January 16, 2010

Antara cinta dan DotA.

Title tak boleh bla sial.
Lepas kejadian ni nafsu DotA dah kurang sikit.



Dah lama nak post ni sebenarnya, tapi nanti mesti gf marah.
I love you bebeh.

Thursday, January 14, 2010

Resepi yang bisa menambat hati bakal mertua.


Ok tipu, so sebenarnya harini bercadang nak masak ayam goreng madu tapi memandangkan perut dah lapar dan malas nak memerap ayam jadi keputusan drastik yang dipilih adalah untuk menggoreng ayam goreng oat.

Jadi disini Cheffix akan menunjukkan cara-cara memasak ye puan puan.
Antara bahan-bahan penting untuk memasak ialah :

Mama - Adalah lebih baik jika Mama anda masak nasi terlebih dahulu demi menjamin kekenyangan perut selepas masak nanti. Kalau makan ayam je tak kenyang pulak nanti kan?


 Ayam - Dah nama pun ayam goreng oat kan?
Takkan nak pakai Hamster Roborovski pulak.
Adalah lebih afdal jika ayam tu merupakan part-part fav anda.
Kalau cam aku, semestinya drumstik dan wing !


 Telur ayam - Ye telur ayam, bukan telur orang.
Sebab nanti nak kena perap kejap, bagi sedap sikit.


 Oat - Adoiyai, dah la sedap, ada oat lagi.
Tambah sihat la korang.


 Tepung goreng kentaki - Bagi ada rasa kfc sikit.
Dan tak lupa juga;
Dapur yang complete - Mesti berapi, pastikan ada kuali / frying pan dan minyak untuk menggorengnya nanti.


Langkah 1 - Perapkan ayam terlebih dahulu dengan telur.
Sebenarnya takyah buat camni pun boleh.
Tapi aku saja je nak bagi sedap.
5 minit cukup la kot.
Takpun layan DotA satu frame dulu ke.


Langkah 2 - Guling-gulingkan dengan oat dan tepung kentaki tadi sampai agak-agak dah cukup.
Kalau tak cukup, beli la di kedai runcit berhampiran.


Langkah 3 - Baling ke dalam minyak panas dengan kasih sayang yang terlampau.
Sementara menunggu ayam ni masak anda boleh la text gf / bf tersayang.
"Hai sayang, abang tengah masak ni. Nak ke?"
Ok, geli.
Hawa je buat camtu, bukan saya.
Nak txt Wani tapi dia ada kelas pulak, adoiyai.


Langkah 4 - Inilah dia hasilnya !
Sedap weh, tak tipu.

Langkah 5 -Makan !
Jangan lupa baca Bismillah dulu.

Ha, kan senang.
Tiba-tiba je korang dah jimat 15ringgit.
Sedap pulak tu.

Esok mungkin masak ayam goreng madu pulak.
Tengok la camne.
Selamat mencuba !